MASALAH ANXIETY MUSIM COVID

 



Siapa dekat sini ada mengalami masalah yang sama? Masalah anxiety. Dulu, masa awal-awal Malaysia PKP (Bulan Mac 2020) tu saya dah terkena serangan anxiety ni. Setiap hari rasa macam tak sihat. Rasa badan demam dan seram sejuk

Mula-mula saya tak pasti apa masalah yang saya tengah hadap ni. hahaha! Setiap kali tertengok berita pasal kes Covid, mesti jadi seram sejuk. Mulalah fikir, dan cuba ingat semula ada tak selama ni bersemuka dengan mana-mana suspek Covid

Yes, nampak macam merepek kan? Tapi, itulah yang saya alami setiap hari. Sehinggalah 1 hari tu, entah macam mana. Saya terjumpa 1 facebook Dr Man Ttdi kot nama dia. Saya tak ingat sangat. Beliau seorang doktor sebenarnya dan jangan terkejut, beliau jugak pesakit anxiety!

Syukur sangat saya terjumpa page beliau. Sangat-sangat membantu. Rupaynya ramai yang mengalami syndrome macam saya. Sentiasa rasa nak demam tak kena gaya. Rasa macam diri terdedah dengan penyakit tu

So, Dr Man adalah share beberapa cara macam mana kita boleh hilangkan atau kurangkan simptom anxiety attack ni. Sebenarnya ada lain kot tapi saya just share apa yang saya praktikkan saje dan Alhamdulillah, berjaya. Dengan izin Allah

  1. Setiap pagi, tengok cermin dan bercakap-cakaplah pada diri sendiri dengan ayat macamni "(sebut nama sendiri), awak sihat. badan awak dalam keadaan baik-baik saja. Awak dah sembuh daripada segala penyakit. Awak sihat" Ulanglah ayat ni seberapa yang korang mampu
  2. Jangan baca "news feed" facebook. Sebab, timeline mana-mana social media pun tengah hot share jumlah kes Covid. berapa kes kematian dan yang related dengan wabak tu lah. Saya langsung tak bukak news feed facebook!
  3. Filter rancangan tv yang saya nak tengok. Pastikan jangan tengok movie atau apa-apa saja program yang ada kaitan dengan wabak tu. Saya sibukkan diri dengan tengok movie lawak-lawak
  4. Banyakkah berzikir tu of course

Point penting dekat sini ialah, sebagai pesakit anxiety (maybe tak kronik), kita kena sibukkan diri dan minda kita dengan hal-hal lain. Supaya kita tak sibuk fokus memikikan benda-benda negative dalam kepala otak kita. 

Nampak simple tapi disebabkan saya memang tak boleh nak handle anxiety ketika itu, saya tak fikir panjang. Saya buat saja cara Dr Man ni. Saya tak sangka, ianya memang berkesan! Cubalah ya


Comments

Popular posts from this blog

BAZAR JOHOR KINI DIBUKA!

AKTIVITI SEPANJANG MUSIM PKP 2020

BIRDNEST ADVANCED AMPOULE 3 IN 1 (AMPOULE + ESSENCE + SERUM) BEYNA LEGACY