AKTIVITI SEPANJANG MUSIM PKP 2020
Tak sangka akhirnya terjebak juga dengan zaman wabak pandemik. Selalu tengok dalam movie mat saleh je. Agak besar ujian Allah untuk dunia pada tahun 2020 ni. Tapi, saya pasti semua yakin dengan Qada' dan Qadar Allah.
Pasti ada hikmahnya.
Masa minggu pertama Fasa 1 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, saya dan rakan-rakan sekerja tetap diarahkan untuk datang office. Cuma, diberi kelonggaran sikit untuk "stop" kan certain task yang biasa kami lakukan setiap hari biasa. Pengarah pun fikir juga kan hal keselamatan anak-anak buah 😀
Tak risau kena jangkitan Covid 19? Haruslah risau. Setiap hari kami kena check suhu setiap kali sampai dekat building office tau. Pulak tu ada dengar-dengar dekat building kami tu, ada yang suspek terkena Covid 19. Seram!
Tapi, apakan daya. Tugas tetap kena jalankan. Tawakal selepas usaha :)
Alhamdulillah, masuk minggu ke 2 fasa 1 PKP...kami diarahkan untuk start Work From Home (WFH). Segala urusan laporan harian, buat dirumah dan hantar terus guna email. Sangat melegakan! Kami bekerja ikut jadual. hehehe
Masa cuti PKP buat apa je dekat rumah? Macam-macam jugaklah. Daripada pagi bawa ke malam juga baru stop. Tapi, bila malam menjelma...mata pulak tak rasa mengantuk, cheh! Maybe sebab badan tak rasa letih kot 😂
Bangun pagi biasanya saya terus siapkan lauk untuk lunch merangkap dinner. Al-maklum, bangun pun dah jam berapa. LOL! Lepas siap masak, kalau hari tu turn saya untuk hantar report, saya setelkan kerja saya tu. Take time jugak sebab kerja kami perlukan pengumpulan data daripada cawangan-cawangan seluruh Johor. Biasanya kerja saya tu akan siap around 3pm
Dah letih ngadap laptop, biasanya saya akan rehatkan badan sambil layan Netflix! Nasib baik ada Netflix, idoklah mati kebosanan kan? Saya biasa akan layan Netflix dalam 1 jam macam tu untuk siang
Lepas maghrib, buatlah apa yang patut then terus dinner. Around 9pm macam tu, biasanya saya dah tercatuk depan laptop untuk hal-hal bisnes pulak. Agak bercelaru jugak sebab saya ada banyak bisnes, walaupun kecil-kecilan tetapi ianya tetap bisnes!
Waktu malam, saya akan fokus untuk buat plan bisnes, rangka plan marketing untuk bisnes kopi (UnaCoffee), bisnes produk sarang burung (FG Walet Johor Bahru) & bisnes yang saya dah terlibat hampir 10tahun iaitu Al Quran Hantaran. Ada juga saya bantu buat facebook ads untuk bisnes baju adik saya iaitu SECTION.
Dan...yang menariknya...semua bisnes kami ni, kami decide untuk letak dalam 1 website online. Mudahkan kami untuk track order, simpan database customer, monitor sales & semua lah yang berkaitan dengan bisnes! Maka, terhasillah bazarjohor.com yang mana konsepnya macam bazar karat johor. LOL! Tak lama lagi, kami akan tambahkan produk. Biar senang untuk customer nak shopping amcam-macam nanti :)
Siapa kata duduk goyang kaki je dekat rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan?? hehehehe! Buat kerja tau 😝
Comments
Post a Comment